EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada 1995 oleh Gary Craig. Beliau telah mempraktikan EFT pada veteran perang Vietnam yang hadapai PTSD (post traumatic stress disoder) yang mana mereka telah dirawat oleh belasan ahli terapi tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan positif tetapi melalui EFT yang diperkenalkannya hanya dalam tempoh 6 hari sahaja seramai 20 orang veteran perang berjaya dipulihkan. Sesi terapi melalui EFT tersebut direkodkan dalam bentuk DVD yang juga menjadi sumber rujuk awal pembelajaran terhadap teknik ini. SEFT pula merujuk kepada singkatan Simple Emotional Freedom Technique iaitu teknik EFT yang telah dipermudahkan.
Founder EFT : Gary Craig
EFT adalah versi emosional dari akupuntur. EFT tidak menggunakan jarum seperti teknik akupuntur, tetapi hanya dengan melakukan ketukan perlahan (“tapping”) dengan hujung jari pada titik-titik meridian tertentu untuk menyelaraskan kembali sistem energi tubuh. EFT ini sangat mudah dipelajari dan sangat berkesan, untuk sesiapa saja.
Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak mampu diselesaikan, menjadi penyebab utama pada hampir semua penyakit fizikal kita. Sedangkan praktikal penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fizik. Dan itulah mengapa EFT sering kali berhasil pada kes-kes yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau pengubatan konvensional.
Gary Craig, penemu EFT tidak menyata bahawa EFT itu sempurna, tetapi pada banyak kes, EFT bekerja sangat cepat dan dengan hasil yang amat memuaskan.
Titik-titik Meridian
Gambarajah di atas menjelaskan titik-titik meridian yang diguna-pakai untuk melakukan teknik akupuntur. Terdapat 300 titik meridian yang digunakan oleh pengamal akupuntur. Di dalam Terapi Emosi EFT, anda hanya perlu mengetahui dan melakukan ketukan perlahan pada 14 titik meridian sahaja.
Prinsip Kerja Terapi Emosi (EFT)
EFT menggunakan hujung jari untuk melakukan ketukan ringan (“tapping”) di 14 titik meridian tubuh untuk mengatasi hampir semua hambatan emosi dan fizik. Empat belas saja? Ya, memang hanya ada 14 titik yang perlu pelajari dalam EFT. Anda tidak perlu mempelajari 300 titik akupuntur yang menggunakan jarum.
Ketika seseorang mengalami hambatan emosional seperti marah, kecewa, sedih, cemas, stress, trauma dsb., aliran energi di dalam tubuh yang melalui titik meridian tubuh akan terganggu. Dan untuk menghilangkan hambatan-hambatan emosi di atas, kita perlu memperbaiki gangguan aliran di titik meridian dengan cara melakukan ketukan ringan dengan jari.
Untuk melakukan ketukan pada 14 titik meredian tubuh hanya memerlukan 4 prosedur yang sederhana dan mudah diingat, yang dinamakan resepi dasar (“basic recipe”). Prosedur ini dapat digunakan untuk mengatasi hampir semua masalah emosi negatif dan fizik. Sangat mudah untuk belajar EFT, anda hanya perlu waktu sekitar beberapa minit sahaja.
Bagaimana Emosi Negatif Terjadi?
Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak mampu diselesaikan, menjadi penyebab utama pada hampir semua penyakit fizikal kita. Sedangkan praktikal penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fizik. Dan itulah mengapa EFT sering kali berhasil pada kes-kes yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau pengubatan konvensional.
Bagaimana Terapi Emosi (EFT) Memperbaiki Sistem Tubuh?
Ketukan ringan (“tapping”) pada titik-titik meridian, akan menghantar tenaga kinetik ke dalam sistem dan membersihkan sekatan dengan itu menyebabkan tenaga mengalir dengan bebas kembali.
Analogi Yang Mudah Difahami Tentang Terapi Emosi EFT
Analoginya, bayangkan titik-titik meridian sebagai sungai. Gangguan emosi dan fizikal akan menimbulkan sekatan pada laluan sungai ataupun menyebabkan sungai melimpah, sepertimana sungai yang disekat alirannya oleh sampah-sarap. Ketukan ringan pada titik-titik meridian menghantar tenaga kinetik ke dalam sistem dan membersihkan sekatan dengan itu menyebabkan tenaga mengalir dengan bebas kembali.
EFT dapat dipelajari dalam waktu yang singkat. Latihan yang mudah sering membuahkan hasil dengan cepat