Berhati-hati jika ingin belajar Reiki!!

beware-reiki
Dewasa ini banyak Kursus Reiki ditawarkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ia satu perkembangan positif Reiki di Malaysia. Masyarakat sudah mulai mengenal dan menerima Reiki.

Walaubagaimana pun, dengan pengalaman lebih 10 tahun mengajar Reiki, kami menerima pelbagai aduan. Diantaranya yang biasa diadukan ialah :

  • Tiada bimbingan selepas belajar.
  • Pengajar menghilangkan diri selepas bank-in yuran
  • Pesanan yang sampai tidak lengkap.
  • Pengajar tidak mahu berjumpa pelajar. Hanya berhubung secara jarak jauh / online sahaja

Oleh itu anda dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga berikut:

Selidik latarbelakang syarikat / individu tersebut. Berapa lama telah membuat kursus Reiki? Berapa ramai murid yang mereka ada, gambar pelajar dan testimoni pelajar . Jika tidak ada testimoni dan gambar pelajar bermaksud individu ini baharu mencebur diri dalam bidang ini dan kurang berpengalaman.

Pastikan tidak mencampur aduk Reiki dengan ilmu yang lain seperti ilmu kebatinan, Ilmu Mistik dan ilmu songsang lainnya.

Website mereka menawarkan pelbagai jenis kursus selain daripada Reiki termasuk produk-produk MLM, Ilmu kebatinan, ilmu persilatan dan bela diri,  ilmu mistik, ilmu kebal, ilmu khadam dan bermacam lagi. Ini menunjukkan bahawa mereka BUKAN PENGAJAR REIKI YANG TULEN, mereka hanya “berniaga”. Reiki adalah salah satu produk niaga mereka.

Ada yang menawarkan kursus Reiki terlampau murah kerana ingin menarik pelanggan atau terlampau tinggi untuk untung besar.  Yuran yang terlampau murah mungkin kerana ada udang disebalik batu. Ini hanyalah sebagai umpan kerana mereka mempunyai matlamat lain. Diantaranya ialah anda akan dipujuk menyertai program jualan langsung / MLM mereka. Atau anda akan ditawarkan dengan kursus lain dengan yuran yang lebih mahal.

Namun , bukan semua pengajar Reiki mengajar Reiki dengan harga murah kerana ingin untung cepat. Sebagai contoh, di Negara jiran, Reiki ini sudah tidak ada harga kerana boleh dipelajari secara percuma sahaja. Ini kerana mereka ghairah mempunyai murid yang ramai. Maklumlah, jika sudah percuma, sudah tentu ramai yang menyertainya kerana tidak perlu keluar sesen pun. Maka ramailah “anak murid” yang akan memanggil mereka dengan gelaran Master atau Guru.

Ya!. Mereka hanya inginkan gelaran nama sahaja. Mereka rasa bangga dengan gelaran Master / Guru / Grandmaster / Sifu / Mahaguru yang diberikan oleh anak-anak murid mereka.

Anda juga mungkin berjumpa dengan website lain yang seakan sama dengan website kami. Jangan keliru!!.  Kami memang ada mendapati website kami telah di salin / ”copy & paste” dengan sewenang-wenangnya.Malahan setiap baris ayatnya hampir sama dengan website kami.

Domain website berbayar seperti .com, .net, .my, .com.my, adalah lebih diyakini berbanding domain percuma seperti blogspot, wordpress dan lain-lain, kerana pemilik website domain berbayar perlu memberi butiran diri untuk mendaftar. Ini mengurangkan kes-kes website “ghaib” setelah bayaran dibuat atau website yang sekejap ada sekejap tiada seperti biskut!!

Website percuma ini boleh dipadam / delete setelah mereka menipu anda. Tak dinafikan website berbayar juga boleh dipadam tetapi anda masih boleh mengakses butiran pemilik website tersebut dan juga pembekal hosting website tersebut.

Akhir kata, Mereka yang menjadi mangsa kebiasannya ialah mereka yang belajar Reiki dari pengajar yang tidak dikenali latarbelakangnya. Hanya tertarik dengan yuran murah yang ditawarkan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Oleh itu jadilah peserta yang bijak membuat pilihan.