Kembalikan Kehebatan Potensi Diri

myac-metro-11082015Bumi mempunyai lapisan ozon untuk melindunginya daripada pancaran matahari secara berlebihan, sama seperti tubuh manusia yang turut memiliki medan tenaga yang dikenali sebagai aura.

Melalui penyelidikan saintifik, aura adalah medan arus tenaga elektromagnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib).

Ia berperanan membantu melindungi tubuh manusia daripada getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran bermula daripada sinaran UV yang berlebihan hinggalah kesan pancaran inframerah yang boleh merosakkan sel serta tisu tubuh manusia.

Menurut sains, setiap yang wujud di alam ini sama ada manusia, haiwan, tumbuhan serta unsur alam semula jadi seperti batu, kayu dan besi terhasil daripada penyatuan berbilion sel atau atom yang membentuk menjadi sesuatu objek.

Atom terdiri daripada elektron negatif dan proton positif. Proton dan elektron ini adalah getaran elektrik serta magnet. Proton bergerak mengelilingi nukleus manakala elektron mengelilingi proton.

Ruang antara atom bergerak digelar medan tenaga. Medan tenaga inilah yang memancarkan cahaya dalam spektrum cahaya yang boleh dilihat atau lebih dikenali sebagai aura.

Pengajar terapi aura, Master Fazzreena Khalid berkata, penyelidikan me­ngenai aura manusia sudah bermula sejak 1935 ketika profesor Russia, S Kirlian mengembangkan satu alat fotografi bertegangan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kaki manusia.

Teknologi itu dikenal dengan nama Fotografi Kirlian. Sekitar 1985, beberapa penyelidik menemui teknologi baru yang dipanggil Fotografi Aura.

Teknologi ini menggunakan sensor biomaklumbalas pada kedua-dua ta­ngan dan mengirimnya ke kamera kemudian mencetaknya dalam bentuk foto polaroid.

Berdasarkan teknologi itu, dapat dilihat aura diri sendiri secara statik yang tercetak dalam lembaran foto. Bukan manusia saja, tetapi objek lain seperti pokok, batu juga kristal turut memancarkan aura. Bezanya, aura manusia sentiasa berubah sedangkan benda hidup yang lain mempunyai aura yang tetap.

Kehebatan aura

“Aura adalah potensi diri yang dimiliki setiap manusia. Ia adalah cahaya tenaga tubuh yang terpancar daripada jiwa dan raga manusia.

“Pada dasarnya, setiap bayi yang dilahirkan memiliki kadar aura yang sama, tetapi ketika proses manusia menjalani kehidupan dan pertambahan usia membuat­kan kadar aura yang dimiliki berbeza.

“Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya lingkungan keluarga, masyarakat dan tingkat keimanan kepada agama,” katanya.

Ujarnya, keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif dan kelemahan sistem tenaga, membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, yang biasanya dikaitkan dengan pemakanan.

Selain itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai langkah mengurang­kan tekanan dan menenangkan jiwa.

Namun, ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer turut menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi, sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.

Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada panda­ngan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan ia dirakam dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang.

Arus pemodenan dengan penghasilan alat elektronik yang menghasilkan gelombang EMF atau elektromagnetik menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan.

“Dalam tubuh manusia terdapat jutaan sel yang terdiri daripada juzuk tenaga dan kelihatan dalam bentuk cahaya. Apabila manusia berinteraksi dengan peralatan elektronik ini, ia akan menghasilkan ketidakseimba­ngan tenaga yang menye­bab­­kan aura negatif dan positif tidak seimbang.

“Kesannya, individu mudah tertekan, kurang daya ketahanan badan, mengantuk dan sentiasa berfikiran negatif,” katanya.

Ujarnya, individu yang tidak mengalami masalah kebocoran aura akan menunjukkan beberapa ciri seperti:

* Sentiasa bersemangat tinggi

* Berkeyakinan tinggi

* Wajah berseri

* Disenangi dan disayangi orang sekeliling

* Tidak cepat marah

* Sukar berasa sedih

* Menjadi magnet tenaga positif

* Tenang

* Sentiasa senyum dan ceria

Antara ciri aura yang rosak ialah:

* Resah gelisah dan tidak tenang

* Gangguan emosi, pemarah dan sedih,

* Tidak bersemangat untuk bekerja

* Histeria atau dirasuk makhluk halus

* Berfikiran negatif

* Kurang disenangi oleh orang lain

Aura yang rosak dapat diperbaiki dengan pelbagai kaedah. Antaranya, menerusi terapi aura yang boleh dijalankan di Pusat Rawatan SPA MyAuraCrystal.

Pada masa sama, spa berkenaan turut menganjurkan Kursus Reiki yang dihadiri Pengajar Master Reiki, Mohd Hisham Yahya bagi mendedahkan pelajar mengenai cara merawat dan menstabilkan aura dengan sentiasa melakukan terapi diri dan tafakur.

Kembalikan kehebatan potensi diri
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69760?m=1#foto
myac-metro-11082015