Bekam sudah dikenali sejak 4,000 tahun sebelum Masihi, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai negeri Babylon, kerajaan Mesir kuno, negeri Saba’, dan kerajaan Parsi. Alat yang digunakan pun sangat tradisional yakni tanduk kerbau/lembu, tulang unta, gading gajah dan buluh.
Di Mesir, bekam sudah bermula sejak zaman kekuasaan Fir’aun, sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi. Pada masa kekuasaan Fir’aun Ramses II kira-kira 1,200 tahun sebelum Masihi, secara tidak sengaja pada masa itu banyak orang-orang yang dilempari batu lalu terjadi lebam bengkak. Setelah dikeluarkan darahnya, banyak yang sembuh penyakitnya.
Perubatan bekam juga sudah umum dipakai para tabib di sana bersama-sama dengan jenis perubatan lainnya. Dalam melakukan bekam, para tabib memakai pedoman titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Dalam menentukan titik-titik itu, mereka menggunakan pedoman dalam lembaran papyrus. Di dalamnya telah digambarkan titik-titik ath-tho’ atau at-ta’ ataupun tun, namun belum lengkap. Tiada perbezaan antara titik-titik besar dan titik-titik kecil. Gambar tersebut digunakan para tabib untuk pedoman perubatan.
Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam artikel “Management of Urinary Tract Infections: Historical Perspective And Current Strategies: Part 1-before Antibiotics. Journal of Urology”. 173(1):21-26, January 2005 bahwa catatan buku teks kedoktoran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1,550 sebelum Masihi di kerajaan Mesir kuno menyebutkan masalah berkenaan bekam.
Pada zaman Nabi Yusuf di Mesir terdapat kaum Bani Israil. Di antara mereka ada yang terkenal sebagai ahli perubatan dengan bekam ini. Namun, hanya orang-orang tertentu yang berubat dengan menggunakan kaedah ini.
Di Parsi, yang berkuasa sekitar 3,000 tahun sebelum Masihi, bekam berkembang bersama pengobatan fashid, iaitu perubatan untuk mengeluarkan darah dari tubuh. Bekam juga sudah ada di daerah Suriah dan Iskandariyah bersama pengobatan fashid, kay, pembedahan, ramuan herba, tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian, bunga, dan getah-getahan. Pada saat itu, para tabib menggunakan bekam untuk perubatan para raja. Tabib-tabib terkenal hanya menurunkan ilmu perubatannya kepada murid-murid terpilih.
Di China, bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi sebelum berkuasanya Dinasti Yao. Kaedah bekam berkembang dengan berdasarkan titik-titik akupuntur. Pada zaman China Kuno, seorang herbalis bernama Ge Hong (tahun 281-341 Masihi) dalam bukunya “A Handbook of Prescriptions for Emergencies” menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa” sedangkan di masa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk mengubati TBC [tuberculosis] paru-paru .
Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah (al-‘alaq) sebagai alat untuk bekam (dikenal dengan istilah Leech Therapy) dan masih dipraktikkan sampai sekarang.
Hippocrates (tahun 460-377 sebelum Masihi), Celsus (tahun 53 sebelum Masihi-7 Masihi), Aulus Cornelius Galen (tahun 200-300 Masihi) mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk penyembuhan di zamannya. Dalam melakukan teknik perubatan tersebut, jumlah darah yang dikeluarkan cukup banyak sehingga banyak pesakit yang pitam. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Rom, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan keberhasilan dan khasiatnya.
Pengeluaran darah pada zaman Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam menggunakan alat sedutan diperbuat dari tulang unta (Lahyil jamal) dengan sayatan menggunakan syafrah (شفرة) yakni pisau besi yang hujungnya tirus tanpa pemegang bermata satu atau dua. Kaedah ini sangat dikenali dan dianjurkan oleh Rasulullah saw hingga saat ini.
Pada masa perkembangan Islam sekitar tahun 30 Hijrah di Baghdad, bekam merupakan perubatan yang paling maju ketika itu. Mereka menggunakan bekam bersama al-kayy, fashid, dan bekam jubb, iaitu bekam yang khusus terbuat dari gelas kaca yang indah. Pisaunya pun khusus, bentuknya kecil dan tajam. Pisau itu direbus dulu untuk disterilkan. Para juru bekamnya pun bermacam-macam, dari yang hanya belajar turun-temurun, pembekam jalanan, hingga ahli bekam yang berpendidikan tinggi seperti di akademi kedoktoran Jundi Syahpur, daerah Harran, Syam, mahupun di Iskandariah, Mesir. Kerana itu, bekam dan fashid yang dilakukan berdasarkan ilmu kedoktoran ketika itu sangat berbeza dengan bekam yang dilakukan para juru bekam yang tidak berpendidikan kedoktoran.
sumber : Dr. Wadda’ Amani Umar “Sembuh Dengan Satu Titik: Al-Qowam”