Rawatan Tekanan Darah Tinggi, Kolesterol Dan Darah Pekat

Punca Penyakit Darah Tinggi

Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120 mm Hg (systolic pressure), dan 75 mm Hg (diastolic pressure). Umumnya, jika tekanan systolic tinggi > 130 mm Hg, menunjukkan saluran darah mula mengeras yakni kurang anjal dan terdapat penyempitan oleh plaq kolestrol, lemak dsb pada dinding salur darah.

Jika tekanan diastolic pula tinggi > 85 mm Hg, menunjukkan darah mula pekat (konsistensi bendalir darah yang pekat @ blood fluid rheology) yang menyebabkan aliran darah mula perlahan. Ini disebabkan tingginya kandungan kolestrol jahat LDL dan lemak (triglyceride). HDL yang berfungsi mengangkut kolestrol LDL pula semakin menurun.

darah-tinggi-hipertensi

Jika tak dirawat dan kawal pemakanan, berlaku penyempitan salur darah yang menyebabkan kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik meningkat. Lama-kelamaan salur darah semakin sempit dan keras serta kurang anjal akibat pengumpulan lemak, kolestrol dan enapan plaq pada dinding salur darah, dan terus meningkatkan tekanan darah. Kemudian beberapa salur darah kecil seperti arteriol boleh tersumbat.

Bila kebanyakan dinding salur darah diselaputi oleh plaq, maka tekanan darah memang sukar untuk dikawal. Ia sentiasa tinggi walaupun diberi ubat preskripsi yang membesarkan salur darah. Salur darah sudah tidak anjal lagi. Reseptor untuk bhn aktif ubat darah tinggi juga sudah diselaputi plaq. Jadi bagaimana ubat nak berkesan.. Inilah punca tekanan darah tinggi tegar yang boleh mencapai lebih 200 mm Hg (tekanan sistolik). Tekanan diastolik pula sentiasa melebihi 100 mm Hg. Maka risiko lumpuh akibat pendarahan di otak akibat salur kapilari pecah atau sumbatan salur kapilari di otak Oksigen tak sampai di otak boleh menyebabkan anggota bahagian berkenaan menjadi lemah dan lumpuh..

Darah yang cair dari segi warna (kurang merah) dan juga kelikatan disebabkan kurang sel darah merah dan/atau hemoglobin dipanggil anemia. Tekanan darah boleh turun rendah daripada normal. Bila luka, darah susah keluar pada mulanya atau keluar sedikit sahaja. Kulit terutama bahagian muka kelihatan pucat dan tak bermaya. Cepat letih, sukar bernafas, nafas tercungap akibat kurang oksigen, pening pusing / bergoyang, sakit kepala terutama bahagian belakang kepala.

Jika darah berwarna agak gelap dan pekat, bermakna darah kurang oksigen akibat edaran darah terjejas oleh darah yang likat, salur darah sempit / tersumbat dan faktor psikologi yakni stress. Ia disebabkan paras LDL dan lemak / triglyceride tinggi, HDL rendah yang boleh meningkatkan kedua2 tekanan sistolik dan diastolik. Darah juga lebih berasid akibat lemak trans sintetik (HVO), pengambilan makanan terproses oleh kilang (highly refined processed foods) yang lebih bersifat asidik (berbanding whole foods yang lebih berserat, mineral, vitamin, berkhasiat nutrisi dan antioksidan), kurang mengambil makanan dan minuman beralkali seperti buah dan sayuran segar, makanan yang banyak bhn kimia, mengambil ubatan kimia yang lama, merokok, tekanan emosi dsb. Ini boleh menyebabkan pengumpulan bhn toksik yang berlebihan dalam darah dan seterusnya mengakibatkan sakit2 badan, sakit kepala / migrain / pening, sakit belakang dan pinggang, slip disc, lenguh, kebas, tidur tak lena, kelesuan dan lemah badan, cepat letih, selalu mengantuk terutama lepas makan dan semasa memandu, sakit otot, sesak nafas, nafas tercungap terutama bila naik tangga atau kerja fizikal/senaman, banyak angin, sembelit atau diarea, lemah penghadaman, hilang daya tumpuan, cepat marah dsb.

Darah boleh mengandungi lendir, lemak/berminyak dan berbuih bila keadaan ini semakin teruk akibat paras LDL, lemak, bahan toksik/kumuh dan keasidan darah yang semakin meningkat. Paras oksigen darah semakin menurun. Molekul radikal bebas yang degenaratif merosakkan sel2, tisu2 dan fungsi organ mula terjejas serta menunkkan tanda2 penyakit. Salur darah semakin sempit dan boleh terjadi sumbatan. Bekalan darah dan oksigen kepada sel, tisu dan organ berkurangan serta terganggu. Jika sumbatan berlaku pada otot jantung dan otak, strok boleh berlaku.

Kesimpulannya , punca utama darah tinggi pada zaman moden ini adalah produk makanan yang diproses seperti berikut :

1. Minyak sayuran terhidrogen (HVO) iaitu majerin, shortening, emulsifier daripada HVO seperti GMS / diglyceride / monoglyceride, non-diary creamer, butter dan Ghee campuran HVO, gantian cocoa butter daripada minyak sawit (dalam kebanyakan coklat) dsb adalah punca utama meningkatnya statistik penyakit darah tinggi, lumpuh, heart stroke, penyakit jantung koronari, dan diabetes mellitus type II. Penyakit ini menjadi punca utama kematian kebanyakan negara seluruh dunia. Kebanyakan produk makanan dikilang mengandungi satu atau beberapa bahan HVO diatas seperti roti, biskut, kek, pastry, pasta, makanan ringan, coklat, potato chips, roti canai, ayam goreng segera. Sejak terciptanya HVO pada awal kurun 1900 oleh ahli kimia Barat, statistik penyakit-penyakit diatas terus meningkat dari tahun ke tahun.

#Rating penyebab darah tinggi = ******

Nota : rating 6 bintang ini adalah tertinggi yang menjadi punca utama terjadinya (pathogenesis) darah tinggi, artheriosclerosis, darah pekat, hypercholesterolemia, strok dsb.

2. Daging lembu (terutama lembu yang berumur lebih 2 tahun) juga boleh meningkatkan tekanan darah walaupun orang yang bebas tekanan darah tinggi. Kecuali daging lembu betina berumur kurang 2 tahun yang tak pernah beranak..Walaupun diet seseorang bebas makanan diproses seperti HVO dan highly refined processed food, tekanan darah boleh meningkat selepas makan daging lembu. Ini mungkin disebabkan, nutrien, asid amino tertentu dan vitamin dalam daging lembu lebih rendah berbanding dengan lamb. Contohnya kandungan asid amino L-carnitine ( agen pengangkut molekul asid lemak pada sel) dan coenzyme Q10 (meningkatkan pembakaran kalori) paling tinggi dalam haiwan ternakan yang lebih muda seperti lamb (anak biri-biri berumur 1 tahun ke bawah). Jadi metabolisma dan pengangkutan lemak serta kolesterol dalam daging lembu lebih rendah atau kurang efisien. Walaubagaimanapun daging lembu tidaklah seteruk minyak HVO (majerin).

*Rating penyebab darah tinggi = **

3. Produk daging yang diproses seperti burger, nugget, sausage, meat ball yang sangat kurang nutrien serta tinggi bahan kimia, MSG (taste enhancer yang tinggi sodium) dan lemak tepu. Ia juga mengandungi HVO, emulsifier.. Metabolisma dan pengangkutan lemak tepu dalam daging diproses ini sangat tidak efisien.

*Rating penyebab darah tinggi = *****

4. Makanan bergoreng juga boleh menyebabkan modifikasi molekul minyak sayuran terutama jika digoreng pada suhu tinggi 400C (deep fry). Jika berulang-kali minyak ini digunakan untuk menggoreng makanan yakni melebihi 3 kali recycle / kitar semula, maka lebih banyak molekul asid lemak trans terbentuk. Lemak yang terdapat dalam makanan sebegini juga sangat rendah metabolismanya dalam tubuh. Nutrien juga hampir tiada. Kesannya seperti HVO dan lemak trans hasil proses penghidrogenan minyak sayuran. Minyak goreng recycle / kitar semula juga mengandungi polimer molekul asid lemak, bahan toksik hasil tindakbalas bahan makanan dengan minyak @ molekul asid lemak dan bahan kimia lain pada suhu tinggi dengan kehadiran oksigen. Kebanyakan makanan bergoreng (deep fry) yang dijual seperti pisang goreng, karipap, kerepek, keropok, donat, ayam goreng segera, semuanya menggunakan minyak recycle / kitar semula yang sudah gelap warnanya. Walaupun ia telah ditapis dengan cara tertentu untuk mernjernihkannya kembali, masih recycle / kitar semula ini masih sangat bertoksik yang kaya dengan molekul asid lemak trans, bahan kimia toksik terbitan baru dan polimer. Pencemaran HVO, serta bahan kimia yang terdapat dalam makanan lain jika menggunakan minyak recycle / kitar semula adalah tinggi. Sebab itu kesan negatif daripada mengambil minyak recycle / kitar semula ini sama seperti HVO iaitu, migrain, darah pekat, aglutinasi sel-sel darah merah (sel-sel darah merah melekat antara satu sama lain), menjejaskan peredaran darah, menurunkan paras oksigen, kebas anggota, berdebar, sesak nafas, mengantuk pada waktu siang, cepat mencungap (panting / short breath) apabila membuat aktiviti fizikal, hilang daya fokus pemikiran, darah berasid, infeksi kuman, imun menurun. Malah ia boleh menyebabkan resdung, kegatalan, alahan, jerawat, nanah, bisul, kudis. Penyakit eczema boleh terjadi atau meningkatkan simtom eczema, lelah yang sedia ada.. Kulit dan kulit kepala sangat berminyak. Gangguan pernafasan waktu tidur juga selalu terjadi yang menyebabkan kerap terjaga dari tidur apabila nafas mula terhenti akibat kandungan oksigen yang rendah. Ia tidak mendapat kualiti tidur lena ‘deep sleep’ yang secukupnya. Ia mengganggu minda dan mudah mengalami stress. Jika menggoreng menggunakan minyak sayuran yang baru untuk jangka masa yang lama sehingga menjadi hampir hangit makanan tersebut atau minyak bertukar menjadi gelap, juga menyamai minyak sayuran terhiodrogen yang membentuk molekul trans fat serta polimer asid lemak yang mudarat. Jika kita lihat bahagian bawah kuali yang telah diguna sekian lama, terdapat kesan minyak yang sangat pekat, likat dan hitam yang sangat bertoksik pada tubuh yang sangat sukar dicuci..

#Rating penyebab darah tinggi = *****

5. Daging ayam, kambing atau sebagainya yang dimasak rendang atau serunding. Ini kerana minyak sayuran dan lemak haiwan yang dimasak lama berjam-jam sehingga kering airnya akan meningkatkan suhu masakan melebihi 100-200C. Warna rendang atau serunding akan menjadi semakin gelap. Molekul minyak sayuran dan lemak berubah, dan bioavailabiliti minyak dan lemak ini menurun. Ia tak dapat diguna dan dimetabolisma sepenuhnya. Tetapi selepas rendang atau serunding telah pekat (lebih 60% airnya telah hilang), kemudian ia dimasukkan ke dalam oven pada suhu 70-80C untuk dikeringkan selanjutnya, maka pembentukan asid lemak trans dapat dielakkan.

# Rating penyebab darah tinggi = *

Nota : jika daging lembu digunakan untuk membuat rendang, serunding atau produk daging diproses (burger, sausage, nugget) , maka rating penyebab darah tinggi bertambah..

6. Highly refined processed carbohydrate foods seperti tepung gandum putih, beras putih, mi kuning, gula pasir putih, konfeksioneri, gula-gula, coklat, biskut, kraker, roti boleh menyebabkan hyperinsulinemia jika menjadi diet harian utama. Ini seterusnya menjadi insulin resistant dan lemak berkumpul dalam badan. Lihatlah pesakit diabetes type II yang telah menerima suntikan insulin bertahun-tahun lamanya (yang bergantung kepada suntikan insulin semata-mata untuk mengawal paras gula darah), berat badannya berlebihan (obes). Lemang yang dimasak menggunakan pulut dan santan juga boleh meningkatkan tekanan darah jika diambil berlebihan oleh mereka yang ada faktor risiko darah tinggi. Indeks glycemik pulut adalah tinggi.

#Rating penyebab darah tinggi = *

7. Bahan kimia, perisa dan aditif dalam makanan seperti karamel, MSG, yang boleh merangsang kenaikan tekanan darah akibat perubahan tindakbalas biokimia dalam tubuh. Garam halus refined / sintetik yang hanya mengandungi sodium klorida juga boleh menaikkan tekanan darah kerana ia meningkatkan kepekatan darah..Bioavailibiliti garam halus sintetik sangat rendah berbanding garam asli laut / bukit. Boleh menyebabkan sakit kepala, pening, migrain, loya, denyut jantung dan nadi bertambah. Pengambilan kafein berlebihan juga dapat mengecutkan salur darah yang menaikkan tekanan darah secara jangka pendek.

#Rating penyebab darah tinggi = *

Tambahan : Punca Penyakit Strok

Antara punca utama stroke pada zaman moden… Bila sakit kepala, terus ambil ubat pain killer (paracetamol adalah nama kimia ubat pain killer OTC yang boleh didapati dengan mudah di kedai2 runcit yang mempunyai banyak brand di pasaran).. Paracetamol menghilangkan rasa sakit sedangkan punca sebenar sakit dan pening kepala tak diatasi. Iaitu darah mula pekat, berasid, paras oksigen menurun akibat makanan moden yang telah diproses dengan teruknya sehingga menghilangkan hampir semua khasiat nutrien dalam makanan asli wholefoods tersebut. Makanan ini ditambah pula dengan vitamin sintetik dan mineral kimia yang sangat kurang bermanfaat kepada tubuh malah memberi mudarat untuk jangka masa panjang. Bhn aditif kimia sintetik juga ditambah yang menyebabkan darah semakin berasid bila ia memasukki badan. Tetapi yang sebenarnya ciptaan ahli kimia Barat yang paling mudarat pada tahun 1900 adalah HVO (Hydrogenated Vegetable Oil). HVO inilah yang memberi kesan buruk (adverse) yang amat ketara terutama kepada kepekatan cecair darah, dinding saluran darah. HVO dan minyak goreng recycle / kitar semula adalah punca utama peningkatan paras kolesterol jahat LDL, lemak trans, jumlah kolesterol dalam darah.

Seterusnya menyebabkan pembentukan plaq pada dinding arteri salur darah, yang semakin hari semakin menebal, sehingga berlaku sumbatan pada arteri. Paracetamol boleh mencairkan darah tetapi tak dapat melakukan proses detoksifikasi darah dan tubuh secara menyeluruh seperti yang dilakukan oleh banyak herba dan makanan asli wholefoods.. Paracetamol tiada nutrien untuk membina dan memperbaikki sel-sel dan tisu yang rosak/mati seperti yang dilakukan oleh sebahagian herba dan makanan wholefoods seperti halba, jintan hitam, madu yang tinggi kandungan nutrien disamping bhn aktif untuk merawat darah tinggi. Malah paracetamol yang diambil dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan dinding salur darah menjadi fragile yakni rapuh. Bila tekanan darah meningkat sehingga 160 ke atas (tekanan semasa jantung mengepam darah), maka salur darah boleh pecah, lalu terjadilah strok jika berlaku pada salur darah otak. Sebenarnya rasa sakit dan pening kepala itu adalah mekanisma kawalan otak memberitahu supaya kita membetulkan keadaan darah yang telah berubah itu. Bila selalu mengambil pain killer, kita tak dapat merasai mekanisma sakit itu, dan kita tak membuat pembetulan terhadap pemakanan dan rawatan yang sesuai , sehingga keadaan darah dan dinding salur darah menjadi semakin keras, fragile sehingga boleh menyebabkan stroke..

Bolehkah Pesakit Darah Tinggi Makan Daging Kambing?

Bagi orang normal, tiada masalah mengambil daging kambing terutama lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) kerana dinding salur darahnya masih anjal dan tiada enapan plaq.

Tetapi bagi pesakit darah tinggi, salur darahnya sudah mula mengeras (rigid) akibat enapan plaq. Tambahan pula banyak mengambil makanan terproses yang bersifat asid atau kurang beralkali, tidak mengandungi khasiat wholefoods seperti vitamin, mineral, bioflavonoids dan antioksidan. Daging kambing terutamanya lamb (anak biri-biri) mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Ia mengandungi zat yang lengkap untuk tubuh termasuk zat untuk membina sel darah merah. Jadi pembentukan sel darah merah sangat efisien yang meningkatkan volum plasma atau cecair darah. Sedangkan dinding salur darah tidak berapa mengembang kerana keras. Ini akan meningkatkan tekanan darah dengan mendadak bg pesakit darah tinggi terutama pesakit yang kronik dan tegar. Ini boleh membahayakan pesakit.

Jadi, pada permulaan pesakit darah tinggi harus elak ambil daging kambing. Selepas membuat rawatan pembersihan salur darah (dengan herba dan pemakanan) dan tekanan sudah kembali normal, baru boleh ambil daging kambing.

Kalau rawatan dengan ubat hypotensive hospital (ubat darah tinggi yang dipreskripsi oleh doktor yakni drug) semata-mata, walaupun tekanan menjadi normal, pesakit masih tak digalak makan daging kambing. Ini kerana salur darah masih diselaputi plaq. Ubat hypotensive hanya bertindak membesarkan salur darah. Yang mana ubat darah tinggi ini semakin lama semakin tak berkesan jika HVO masih diambil. Walaupun makan ubat pencair darah seperti aspirin dsb. Dinding salur semakin teruk diselaputan enapan plaq.

Sebenarnya daging kambing terutama lamb (lean meat yang kurang lemak tepu pejal) tidak meningkatkan kolesterol dan lemak darah. Ia meningkatkan kolesterol baik HDL serta membantu menstabilkan tekanan darah. Kerana zat dan nutrien dalam daging kambing lamb berada pada tahap optimum yang sangat efisien dalam metabolisma pembakaran kalori lemak. Lemak dan kolesterolnya tidak menyebabkan enapan plaq pada dinding salur darah. Kolesterol dan lemaknya diangkut ke sel-sel dan digunakan sepenuhnya. Dengan syarat makanan yang diambil seharian bebas lemak sayuran HVO, baru tekanan darah sentiasa stabil walaupun makan daging kambing.

Lagipun kandungan kolesterol dan lemak tepu dalam daging kambing khususnya lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) lebih rendah daripada daging lembu. Lebih spesifik, daging bahagian kaki hadapan (paha) yang terbaik, kemudian kaki belakang (paha), kemudian tulang rusuk. Daging pada bahagian yang menjauhi kepala dan perut lebih baik daripada bahagian yang dekat dengan keduanya. Kerana lemak dan kolesterol lebih tertumpu pada bahagian yang mendekati kepala dan perut, seperti daging pada bahagian bahu (shoulder) mengandungi banyak lemak tepu. Organ dalaman juga tinggi kandungan lemak dan kolesterol seperti hati, limpa, ginjal, otak, usus, jantung. Bahagian ekor juga lebih tinggi kandungan lemak dan kolesterol.

Jadi bagi mereka yang berisiko mengalami darah tinggi dan pesakit darah tinggi, cuba elakkan organ dalaman dan bahagian daging yang mengandungi banyak lemak seperti shoulder / bahu, kepala, usus / perut, ekor.

Juga, daging kambing lamb yang berasal dari Australia lebih banyak lemak berbanding daging lamb New Zealand. Daging lamb New Zealand juga lebih bermutu. Ini mungkin disebabkan faktor kualiti makanan yang diberi, varieti / jenis kambing yang diternak dsb.

Cara masak daging kambing juga penting. Masakan terbaik adalah rebus atau stim. Jika dibuat barbeque atau panggang yang tidak berlebihan, boleh juga seperti ‘half done’. Jangan dipanggang sampai jadi kehitaman, hangit dan hilang jus dagingnya sehingga daging menjadi kurang bermanfaat kepada tubuh bila dimakan.

Daging yang dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani juga tidak elok untuk kesihatan lebih-lebih lagi menggunakan majerin, minyak sapi atau butter campuran HVO. Daging kambing yang dimasak gulai atau kari yang pekat dengan santan kelapa juga tidak menyihatkan Kerana berlebihan dos dalam mengambil lemak tepu asli dan kolesterol juga memudaratkan kesihatan.

Lemak tepu haiwan asli VS minyak sayuran terhidrogen HVO

Butter susu asli VS majerin, krimer non-diary, krim HVO, lepa susu HVO

Lemak tepu asli seperti butter susu asli (yang kaya short chain fatty acid yakni butiric acid 4% yang sangat bermanfaat itu), minyak ghee asli, susu lembu segar, minyak kelapa (kaya MCT), santan kelapa (kaya MCT), minyak kelapa sawit asli (penuh nutrien, antioksidan, vitamin E) sangat berbeza dengan minyak sayuran terhidrogen (termasuk juga minyak goreng recycle / kitar semula yang kaya trans fat )atau dipanggil juga man made fats, bad fats atau minyak sayuran semi-sintetik.

HVO dan minyak goreng recycle / kitar semula akan meningkatkan tekanan darah, kepekatan darah, serta membentuk enapan plaq pada salur darah. Sebaliknya lemak tepu asli tidak menyebabkan perkara ini berlaku jika diambil secara sederhana, proses penyediaan yang sederhana serta diet seharian bebas HVO.

Pantang HVO, semua lemak tepu asli boleh diambil. Ambil HVO, satu-persatu lemak tepu asli tak boleh diambil. Doktor akan nasihat ‘makan sayur dan buah sahaja lah’.

Majerin tak akan dihurung oleh binatang, semut, lipas, tikus, cicak. Sebaliknya butter susu asli penuh dihurung semut, dimakan oleh tikus, lipas dsb. Tengoklah bagaimana haiwan pandai memilih makanan yang bermanfaat.

Itik yang diberi makan nasi minyak Ghee HVO atau majerin atau butter campuran HVO akan lumpuh. Begitu juga dengan ayam yang diberi biskut yang ada majerin dan karamel akan menjadi lemah dan moyok. Jika anak ayam diberi makan ada majerin, boleh menyebabkan kematian dalam beberapa hari sahaja..

Bagi orang normal yang tidak mengambil HVO dan minyak goreng recycle / kitar semula, pengambilan lemak tepu asli secara sederhana mengikut keperluan tubuih, tidak akan meningkatkan tekanan darah atau menjadikan darah pekat. Kemungkinan LDL meningkat sedikit, tetapi HDL juga meningkat untuk mengangkut LDL untuk dimetabolismakan. Lemak tepu asli yang disediakan atau diproses secara sederhana (tanpa suhu tinggi), yang tidak merosakkan struktur asal asid lemak seperti masakan stim, rebus, reneh, sangat bermanfaat pada tubuh. Ia dimetabolisma dan digunakan serta dikumuhkan sepenuhnya. Sebab itu kita rasa ringan , bertenaga dan badan agak panas sedikit tapi berpeluh.

Tetapi bg pesakit darah tinggi, lemak tepu asli perlu dikurangkan seminima yang mungkin. Ini kerana dinding salur darahnya sudah mengeras akibat enapan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.

Kadar HDL per Total Kolesterol bg kebanyakan pesakit darah tinggi, artheriosclerosis, darah pekat juga biasanya lebih rendah menyebabkan ia tidak sesuai makan lemak tepu asli. Kerana lemak tepu asli juga meningkatkan LDL.

Untuk reverse keadaan pesakit darah tinggi ini, ia perlu :

1. Elak HVO serta minyak goreng recycle / kitar semula sepenuhnya. Seeloknya makanan disediakan secara merebus, kukus, dibakar, dipanaskan tanpa minyak atau menggunakan minyak yang sedikit untuk mengelakkan makanan daripada melekat pada alat memasak dalam tempoh yang sederhana. Minyak sayuran seperti minyak zaitun extra virgin, VCO elok diambil secara mentah tanpa pemanasan seperti salad dressing, renjisan pada makanan.
2. Membersihkan darah daripada LDL, lemak HVO : wholefoods dan herba, cuka epal.
3. Membersihkan dinding salur darah daripada plaq.: wholefoods, antioksidan, halba, minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa dara, soluble fiber, cuka peraman buah, susu masam / yoghurt..
4. Mengalkalikan darah dengan makanan wholefoods, sayur dan buah, bijirin asli.
5. Meningkatkan HDL dan menurunkan total kolesterol dan LDL : wholefoods, minyak kelapa dara, omega-3, minyak zaitun extra virgin..
6. Menguatkan dinding salur darah supaya lebih elastik : vitamin C dan bioflavonoids dalam kurma merah, goji, berry, buah warna terang

Selepas melakukan ‘pembersihan darah dan dinding salur darah’ ini beberapa minggu atau beberapa bulan bg pesakit tegar, tekanan darah kembali normal dan dinding salur darah bersih daripada plaq, baru lemak tepu asli boleh diambil secara sedikit demi sedikit sambil memantau tekanan darah.

Bagaimana herba bertindak menurunkan darah tinggi

1. Menggalakkan peredaran darah dengan mencairkan darah seperti halia, jintan hitam, halba, bidara, kurma merah. Halia mengandungi asid salicylic yang mencairkan darah.

2. Serat terlarut seperti halba, rumpai laut, oat dan barli (beta glucan). Carrageenan dalam rumpai laut mengikat kolesterol dan lemak dalam darah untuk diangkut dan dimetabolismakan.

3. Menurunkan paras kolesterol jahat LDL serta meningkatkan kolesterol baik, HDL. Kebanyakan herba dan makana wholefoods bersifat begini.

4. Melarutkan lemak dan enapan plaq pada dinding salur darah. Tindakan ini adalah gabungan enzim, vitamin B kompleks, vitamin E, asid organik, asid lemak perlu seperti omega 3, dan faktor phytonutrien lain. Herba ini juga dapat membersihkan darah serta menyingkirkan selaput lemak trans (HVO) dan lemak tepu pada sekeliling sel darah merah. Kebanyakan herba, ulaman, wholefoods mempunyai ciri ini. Tapi herba yang paling kuat dapat melarutkan dan membersih darah adalah cuka epal (cuka peraman buah dsb), lemon, halba, minyak omega 3, minyak zaitun extra virgin (cold press), minyak kelapa dara (cold process @ peraman), susu masam @ yoghurt, kefir.

5. Kandungan anti-oksidan seperti bioflavonoids dan vitamin C dalam herba dan makanan wholefoods yang berwarna terang seperti kurma merah, goji, berry. Ia menjadikan dinding salur darah elastik @ anjal dan kuat yakni tidak sempit dan lemah. Jadi sistem kardio-vaskular menjadi sihat dan kuat serta menstabilkan tekanan darah.

6. Membesarkan salur darah (mengandungi bhn aktif vasodilator) seperti daun durian belanda, bidara, jintan hitam, mahkota dewa, hempedu bumi, mengkudu dsb.

7. Menjadikan salur darah berada dalam keadaan ‘relax’ yang menurukan tekanan darah.

8. Meningkatkan kandungan nitric oxide yang semulajadi dalam darah. Ini dapat meningkatkan peredaran darah dalam salur halus kapilari dan salur darah lain.

9. Kandungan nutrien yang banyak dan pelbagai dalam makanan wholefoods dan herba termasuk semua asid amino perlu, asid lemak perlu, oleic acid, mct, vitamin B kompleks, pelbagai mineral dan unsur surih mineral, pelbagai anti-oksidan, karbohidrat kompleks, serat makanan dapat menstabilkan tekanan darah.

Herba yang berkesan untuk merawat darah tinggi

1. Daun durian belanda / soursoup leaf : Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yang kuat. Jadi untuk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yang lemah, tekanan darah rendah dan anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung. Jadi dos yang sesuai sangat penting. Kekerapan pengambilan perlu dikurangkan. Begitu juga dengan kombinasi herba penyeimbang dapat mengurangkan kesan sampingan ini. Badam, biji gandum, beras perang / parboiled rice dan sup ayam kampung dapat mengurangkan kesan sampingan mengambil daun durian belanda.

2. Mahkota dewa : Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos : 1-2 hiris mahkota dewa yang telah dikering direndam dalam satu cawan air panas. Tambah madu Wescobee / Capilano. Minum.

buah mahkota

3. Halba / fenugreek : Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant. Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi seperti 25 gm sehari untuk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yang sempit akibat plaq kolesterol dan lemak.

4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah atau cuka peraman. Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol dan lemak pada dinding salur darah. Makan 2 sudu besar yang dibancuh air mineral dan madu 3 kali seminggu.

5. Jintan hitam / Nigella sativa. Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yang tegar sekalipun. Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.

6. Daun beluntas

7. Mengkudu besar (buah dan daun)

8. Daun bidara dan buah kurma merah/bidara : Berkesan merawat darah tinggi serta migrain atau sakit kepala yang selalu dialami oleh pesakit darah tinggi. Tetapi tidak boleh diambil setiap hari kerana melemahkan badan. Seminggu ambil 2-3 kali. Seeloknya dicampur jintan hitam dan halba.

Nota : Daun durian belanda, daun bidara, buah mahkota dewa, dan cuka epal tidak seharusnya dicampur sekali kerana kesan sampingan yang terlalu kuat. Jintan hitam dan halba adalah herba penyeimbang yang sesuai untuk semua herba diatas jika gabungan herba ingin dibuat. Ia akan meningkatkan kesan menurunkan tekanan darah tinggi dengan lembut tanpa kesan sampingan (lemah badan, hoyong/dizzy/pening).

Makanan yang perlu dielak / dikurangkan

  • Minyak sayuran terhidrogen: majerin, butter minyak sayuran, lelemak sayuran (shortening), krimer bukan tenusu, krim, minyak sapi dicampur minyak sayuran, susu pekat manis, susu tepung mengandungi minyak sayuran.
  • Makanan yang ada minyak sayuran terhidrogen: kek, kuih / roti / biskut yang ada majerin, roti canai, nasi minyak, karipap, puff, coklat, potato chips, makanan segera, makanan ringan, makanan bergoreng yang rangup, serbuk kopi campuran, kopi segera 3 in 1, kopi all in one, kopi herba/kesihatan mengandungi krimer bukan tenusu, minuman berperisa coklat/malt mengandungi krimer .
  • Kurangkan penambah perasa makanan seperti kicap, sos.
  • Kurangkan garam, MSG yakni serbuk perasa, makanan masin, ikan masin, ikan / buah / sayur jeruk yang tinggi kandungan garam, makanan ringan, makanan yamg mengandungi bahan kimia/pengawet/perasa/pewarna yang tinggi.
  • Kurangkan makanan bergoreng dan lemak, telur, organ dalaman ayam/daging, seafoods (ketam, udang, ikan bilis, sotong).
  • Jangan guna minyak goring lebih daripada 2 kali recycle / kitar semula. Elakkan membeli makanan yang sudah siap digoreng (penggunaan minyak recycle / kitar semula)
  • Elakkan daging lembu, lemak dalam daging, daging kambing, kulit ayam.
  • Kurangkan ambil makanan diproses (highly refined foods) iaitu gula/tepung/beras putih , junk foods. Ganti dengan whole foods seperti gula merah, gula melaka, tepung atta, tepung gandum whole meal, bijirin penuh, beras perang, beras rebus/parboiled, biji gandum, barli, rolled oat, minyak karotino, minyak zaitun extra virgin.

Makanan yang digalak

  • Buah, ulam dan sayur perlu diambil setiap hari 3 hidangan. Digalakkan makanan yang tak diproses/whole foods yang kaya khasiat antioksidan, nutrient, mineral, serat, phytonutrient asli.
  • Makanan berserat wholefood seperti bijirin penuh, beras perang, beras rebus / parboiled rice, tepung gandum atta, tepung suji, biji gandum, biji barli.
  • Kekacang: kacang hijau, pulut hitam, kacang soya, dhal, kacang buncis, pea, kacang kuda
  • Sumber protein: ikan dan ayam kampung / organic.
  • Minum susu penuh krim / susu lembu asli dihadkan kepada 1 cawan selang sehari.
  • Bagi pesakit darah tinggi kronik yang tegar, boleh minum air limau nipis @ kesturi / asam jawa / cuka epal (1 sudu kecil/besar) 2 kali seminggu.
  • Lebihkan minum air kosong beralkali seperti air bukit, air bertapis, air telaga.