1. 70% punca penyakit disebabkan masalah psikologi. Oleh sebab itu para doktor atau perawat tradisional akan memulihkan kekuatan jiwa pesakit dengan pelbagai kaedah. Menerus kaedah psikologi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri pesakit.
Dengan pemulihan kekuatan jiwa pesakit, rawatan akan cepat memberi kesan untuk proses penyembuhan. Sebenarnya 70% proses penyembuhan itu datang dari pesakit sendiri dan hanya 30% rawatan dari perawat atau ubat-ubatan.
2. Kelemahan jiwa atau mental akan menyebabkan pesakit mudah kecewa atau tiada semangat juang. Dengan sebab itu ia tiada kekuatan melawan penyakitnya sendiri. Malah amat merbahaya jika dia mengatakan “penyakit yang ada padanya tidak boleh sembuh!” Dia menjadi lemah dengan pendapatnya sendiri dan rawatan akan menjadi lambat untuk sembuh.
3. Gangguan makhluk halus amat mudah menyerang mereka yang lemah jiwanya. Dengan kata lain orang yang lemah jiwanya memiliki tenaga yang rendah dan menyamai frekuensi (gelombang) jin dan syaitan. Bila frekuensinya sama maka mudah lah mendapat gangguan makhluk halus ini. Lantas membisikkan kejahatan dan menggangu emosi serta mental hingga menjadi histeria dan kerasukan seperti firman Allah: قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦) “Katakan: Aku berlindung kepada Tuhan Manusia yang menguasai manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh manusia dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi dan membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari jin dan manusia” (An-Nas 1-6 )
4. Kajian seorang ahli psikologi menunjukkan bahawa menyebut kalimah “Allah” di dalam hati dapat menyembuhkan penyakit stress. Ini kerana pada setiap huruf kalimah itu mengandungi getaran tenaga di mana frekuensinya mampu melegakan sistem pernafasan dan menstabilkan nadi.
5. Untuk menghancurkan tenaga yang frekuensi lemah atau gelombang getaran jin dan syaitan, perawat biasanya memasukkan doa dan zikir tertentu pada pesakit yang disalur secara langsung atau dipindahkan melalui air yang diberi minum pada pesakit.
6. Perawat biasanya akan membantu dengan menolong mempercepatkan pembinaan tenaga zikir dan doa di dalam badan pesakit. Doa dan ayat-ayat Al-Quran akan menguatkan tauhid, kepercayaan, keyakinan kepada Allah dan kebenaran yang hak lantas menguatkan jiwa pesakit yang mempercepatkan proses penyembuhan kepada pesakit. والله اعلم