Rawatan Aura Reiki

Rawatan Aura Reiki atau juga dikenali sebagai Terapi Reiki adalah satu kaedah rawatan dan penyembuhan minda, emosi, fizikal dan spiritual.

Dunia barat sebagai pusat ilmu pengetahuan moden, kini mulai menyedari bahawa kesihatan tubuh fizikal tidak saja dipengaruhi oleh unsur fizikal, malahan merupakan gabungan dari keselarasan tubuh fizikal, mental, emosional dan tubuh eterik.  Ini sesungguhnya telah diketahui oleh masyarakat timur sejak ribuan tahun yang lalu dimana diyakini bahawa kesihatan sistem tubuh eterik merupakan faktor dominan yang mempengaruhi kualiti kesihatan tubuh fizikal.

Untuk mempertahankan hidup, manusia memerlukan  “energi hidup” yang berasal dari alam semesta. Dalam berbagai wilayah istilah energi hidup berbeza – beza antara lain :  Qi (Cina), Ki (Jepun ), Prana (India), Huna (Hawai) dan Qudrah ( Islam ). Gangguan terhadap “energi hidup” ini akan menyebabkan turunnya fungsi kekebalan atau sistem imunisasi tubuh manusia sehingga timbul penyakit pada tubuh. Sebaliknya dengan tubuh tetap terjaga peredaran “energi hidup” dalam tubuh eterik, maka tubuh akan terjaga dan tetap sihat dan akan terjadi penjanaan semula sel-sel yang akan mengakibatkan berfungsinya kembali organ-organ tubuh yang sebelumnya mengalami gangguan.

Kami menawarkan perkhidmatan Terapi Reiki dan kami sediakan Master-Master Reiki yang diiktiraf untuk memberikan rawatan dan pengalaman terbaik untuk anda. Sila hubungi kami untuk temujanji anda.

Siapa Yang Memerlukan Rawatan Reiki?

  • Mereka yang mengidap sebarang jenis penyakit
  • Mereka yang baru lepas operasi pembedahan
  • Ahli sukan yang cedera
  • Mereka yang kerap jatuh sakit
  • Mereka yang selalu stress
  • Tiada keyakinan diri
  • Ikhtiar kepada masalah Sihir dan khianat
  • Masalah dalam perhubungan, kerjaya dan perniagaan
  • Semua orang tanpa mengira umur dan jantina yang ingin meningkatkan kualiti kesihatan

Adakah rawatan Reiki mempunyai kesan sampingan?

Tidak sama sekali. Reiki bukan berbentuk ubat-ubatan atau sesuatu yang perlu dimakan atau minum. Oleh itu ia tidak memberi sebarang kesan negatif atau berbahaya kepada manusia. Reiki hanya menggunakan tenaga positif dari Alam semesta yang disalurkan kepada pesakit untuk menguatkan sistem tubuh badan pesakit supaya dapat melawan penyakit dengan lebih efektif.

P1080180  P1080199  P1080202

P1080204  P1080212  P1080194