Meditasi Ringkas

 

Meditasi adalah cara untuk kita mengawal aliran gelombang minda separa sedar.

Meditasi merupakan aktiviti di mana kita duduk, mendiamkan diri dan melatih emosi kita turun ke tahap paling tenang.Meditasi adalah saat di mana fikiran kita di tenangkan seketika dengan mengelak untuk tidak memikir apa-apa hanya menumpukan perhatian pada turun naik nafas kita sahaja.

A mid adult woman sitting on the grass

Meditasi ringkas amat baik untuk membuat Anda mahir mengawal emosi. Meditasi ringkas (5-7 minit) yang dilakukan setiap jam melatih minda separa sedar Anda supaya semakin alert dengan kata-kata Anda, sama ada kata-kata yang Anda tuturkan di hati, di fikiran atau kata-kata yang muncul secara tiba-tiba (idea).

Meditasi yang kerap Anda menjadikan minda separa sedar Anda amat sensitif.Anda boleh melakukan meditasi ringkas dengan menutup mata, duduk dalam postur badan yang Anda selesa (duduk bersila atau duduk di atas kerusi) kemudian kawal pernafasan Anda supaya Anda jadi relaks. Anda boleh lakukan meditasi ringkas selepas menyempurnakan sembahyang, sebelum bersembahyang ataupun di luar waktu sembahyang.

Tujuan utama meditasi adalah untuk menenangkan minda sebab minda kita ni ada puluhan ribu fikiran-fikiran liar yang bersimpang-siur, keluar masuk ke dalam kepala kita tanpa kita sedari. Untuk membuat kita sedar dan benar-benar ‘alert’ dengan apa yang kita fikirkan, kita perlu selalu bermeditasi.Meditasi terbaik bagi seorang yang beragama Islam adalah menenangkan diri dengan alunan zikir.Zikir dan terus berzikir sehingga Anda terbuai dengan kekusyukan berzikir, hingga Anda tidak sedar yang Anda sudah berzikir 10 minit lamanya.

Zikir yang berkesan adalah zikir yang membuat Anda merasa tenang, damai serta puas hati.Fokuskan perhatian pada merasai nikmatnya ketenangan ketika bermeditasi. Mula-mula buat agak susah sikit. Tapi dengan bermeditasi secara berterusan lama-kelamaan Anda akan jadi semakin mahir. Kesannya, Anda dapat membuat keputusan drastik dengan cepat dan tepat. Idea Anda unik dan bernas.Meditasi membuat Anda mampu mengekalkan sikap berfikiran positif.

Dengan selalu mengamalkan meditasi ringkas, Anda mampu menangkis fikiran-fikiran negatif yang datang dari persekitaran