Kursus Tenaga Dalam Ilahi

 Apakah Itu Tenaga Dalam?

Tubuh kita terbahagi kepada 2 bahagian besar, iaitu tubuh fizikal dan tubuh bioplasmik/ tubuh eterik atau lebih senang di kenali sebagai tubuh aura yang memancar mengelilingi tubuh fizikal. Kalau tenaga luar adalah kekuatan tulang-tulang dan otot untuk melakukan kerja-kerja fizikal, maka tenaga dalam pula kelihatan sebagai aliran gelombang tenaga yang mengalir melalui salurannya yang di panggil meridian. Gelombang tenaga ini terhasil daripada metabolisme sel-sel (penghasilan ATP oleh sub-sel metokondrion), melalui pernafasan kita.

Tenaga dalam murni di olah atau di latih melalui ritma pernafasan tertentu, yang disertai dengan gerakan-gerakan tertentu (jurus) dan konsentrasi fikiran. Tenaga dalam yang terhasil di simpan di pusat getarnya; di bawah pusat atas pusat atau dada. Di mana masing-masing perguruan berbeza pendapat tentang pusat getaran tenaga dalam masing-masing. Pusat getar tenaga inilah menjadi stor tenaga dalam, yang boleh di pakai bila-bila masa yang diperlukan. Semakin sering ia di latih, maka semakin besarlah kapasiti tenaga tersebut. Semakin cerah aura dan semakin sihatlah zahir dan batin.

Mary Coddington, seorang pengarang buku In Search of the Healing Energy, mengemukakan ciri tenaga dalam sebagai berikut:

  •  Mampu menyembuhkan
  •  Menembus apa saja
  •  Menyertai sinar matahari
  •  Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
  •  Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin
  •  Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata
  •  Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.
  •  Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu
  •  Beradaptasi dalam perubahan cuaca
  •  Dapat dikendalikan oleh fikiran
  •  Mampu mempengaruhi secara jarak jauh dan menghasilkan berbagai fenomena paranormal
  •  Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk

Selain itu menurut beberapa guru besar perguruan tenaga dalam di Indonesia dan Malaysia, tenaga dalam dapat digunakan untuk :

  •  Pertahanan diri
  •  Meningkatkan kesihatan
  •  Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain
  •  Meditasi
  •  Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.
  •  Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh
  •  Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam
  •  Pemecahan benda-benda keras
  •  Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga dalam
  •  dan bermacam lagi

Ilmu Pernafasan

Pelbagai kaedah untuk mengaktifkan tenaga dalam iaitu melalui latihan Jurus, Pernafasan, Zikir, Meditasi. Kaedah yang paling biasa digunakan oleh perguruan tenaga dalam ialah dengan kaedah pernafasan. Ilmu pernafasan memiliki pengaruh luar biasa terhadap kesihatan. Dengan mengolah pernafasan secara tepat dan rutin maka berbagai macam penyakit dapat diubati dengan sangat cepat.

 KURSUS TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)

Ilmu ampuh mengatasi segala problem

Ilmu Daya Sejati Insani adalah gabungan daripada berbagai aliran Perguruan dan berbagai kaedah, tanpa mengubah akidah atau pegangan sesuatu Agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu Agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa mengunakan kuasa Jin, Khodam kafir, Syaitan, Azimat atau lain-lain bantuan. Insya-Allah akan terbuka ‘RAHSIA’ untuk memiliki keilmuan ’KESEJATIAN DIRI’ yang ‘MULTI-FUNGSI’ di mana selama, ia sangat di ‘RAHSIA’ kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat di rahsiakan.

Beladiri, Konsultasi, Spiritual, Dan Penyembuhan

Dalam ilmu beladiri, ia dirancang khusus dan sangat mudah di pelajari oleh sesiapapun sama ada orang dewasa, kanan-kanak, wanita malah bagi mereka cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini. Secara tak langsung dapat keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada Allah S.w.t, ibadat kita dapat di nilai tambah dari masa ke semasa dan seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri.

“Awas! Ini bukan ilmu untuk makan kaca , makan api, kebal pisau kebal peluru dan sebagainya. Ini ilmu nyata bukan ilmu silap mata!!.. Kalau anda mahu ilmu sedemikian, sini bukan tempatnya.“

Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah ilmu untuk semua hajat kehidupan yang di lakukan tanpa ritual puasa, latihan jurus yang berjam-jam, zikir, meditasi dan berbagai2 kaedah, setelah ½ jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 15minit anda sudah boleh menguji keberadaan keilmuan ini dan seterus dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual. Adapun keberadaan keilmuan ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turunkan kepada orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah.

Sekali lagi kami tekan di sini,tanpa perlu Azimat, Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin, tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi, anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu menperjudikan kehidupan anda pada syaitan atau Makhluk halus.

Photo

tenaga-dalam1

Pengijazahan

tenaga-dalam2

Penyelarasan

tenaga-dalam3

Gerak rasa

Manfaat Tenaga Dalam Ilahi

Antara manafaat-manafaat apabila anda mempelajari ilmu Tenaga Dalam Ilahi:

  • – Menambahkan kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
  • – Meningkatkan kewibawaan diri, memancarkan aura pesona.
  •  Meningkatkan kecerdasan minda, mudah hafal, kuat ingatan.
  •  Membenteng diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan.
  •  Merawat pelbagai jenis penyakit zahir dan bathin dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk juga rawatan jarak jauh.
  •  Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan.
  •  Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga beribawa dn disegani.
  •  Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.
  •  Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja untuk tujuan rawatan.
  •  Mengaktifkan indera ke-6, gerak hati lebih peka.
  •  Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.
  •  Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur.
  •  Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan di sini….sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaannya tidak terhad untuk perkara di atas sahaja..terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dari sebelumnnya…InsyaAllah ..Amin.

“Perkara-perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman ahli-ahli TENDAI.”

 

Soal Jawab (FAQ) Tentang Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

1) Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH?

Tendai adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Illahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang ALLAH kurnia. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat.  Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui transfer energi pembuka atau pembangkitdari Tendai Master kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.

2)  Apakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa…?

Latihan Tendai adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu – ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuklah juga dari Negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan.  Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

3)  Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa Energi itu telah ditransferkan?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas dalam diklat panduan Aplikasi Tendai yang akan disertakan untuk Ahli baru.  Setelah pengisian anda akan dapat merasa samada terasa haba di telapak tangan , terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di hujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

4)  Adakah ilmu ini kekal sampai bla-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti meninggalkan solat dan sebagainya?

Keilmuan yang telah diisi tidak hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan.  Namun demikian sekiranya ingin mendapat keberhasilan ilmu ini dengan lebih baik,meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

5)  Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?

Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

6)  Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?

Boleh belajar ilmu lain dan tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari dan tidak Berjaya. Insya ALLAH boleh dibangkitkan semula dengan jaya.  Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negative akan tertolak atau terkeluar secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

7)  Apakah ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apa jua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan didalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran ,semut –semut atau haba pada telapak tangan.  Selepas itu selesai , itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. Insya ALLAH.

8)  Perlukah latihan untuk ilmu ini ? Sampai bila berlatih?

Latihan diperlukan untuk menstabilkan energy atau tenaga dalam badan yang telah diisi . ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru dalam badan anda.Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung.  Sekiranya tiada latihan tersebut, energy tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa.  Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari. Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

9)  Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekiranya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit, olahan pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja. Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan.  Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, email, surat dan sms. Anda digalakkan untuk menyertai group Facebook kami untuk mendapat bimbingan terus menerus sesama ahli-ahli. Pelbagai perbincangan dan perkonsian ilmu terdapat dalam group Facebook kami.

10)  Bilakah saya boleh belajar peringkat GURU?

Anda boleh terus belajar peringkat Guru. Ia lebih menjimatkan kerana kami memberi harga diskaun untuk peringkat dasar & master sekaligus. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar selama 21 hari juga.

yuran tendai

daftar