Garam Dan Sunnah Rasulullah SAW

garam bukit

Sebelum ini, kita telah disogokkan dengan fakta palsu iaitu pengambilan garam secara berlebihan boleh kena penyakit Darah Tinggi.. Apa yang kita tidak tahu bahawa Nabi SAW sendiri mengamal pengambilan garam dalam kehidupan seharian.

Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Nabi SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Apabila sampai di tempat baharu, ambil secubit garam untuk sesuaikan hormon tubuh ditempat baharu. Mulakan makan secubit garam yang diletakkan dibawah lidah untuk mengelakkan santau dan menapis makanan yang akan dimakan .

Sering kali kita lihat garam digunakan oleh pengamal perubatan Islam untuk membersihkan dalam rumah dan garam ditabur untuk memagar kawasan kediaman atau perniagaan. Kenapa menggunakan garam?? Ini adalah kerana garam mampu bertindak sebagai PENARIK unsur dan energi negatif.

Manakala garam dalam makanan pula bertindak sebagai penarik toksik, asid, racun, sihir, santau dan lain-lain unsur negatif.

Namun, garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi atau terlampau panas. Oleh itu, penggunaan garam dalam masakan mestilah mengikut cara yang betul iaitu guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur, tutup api dan biar suhu turun dulu baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat seperti amalan orang arab. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi !!

Marilah kita mulakan budaya makan garam cara sihat yang benar dan secara tak langsung mendapat pahala kerana mengamalkan salah satu sunnah Nabi SAW.

Wallahualam