Salam pembaca budiman… Apa habaq? Moga ceria selalu :-).
Rasanya dah biasa kita dengar perkataan ini – PROGRAM. Yang diistilahkan dengan mem”program” pula ialah merencanakan dengan cermat dan teratur, suatu perkara yang akan dilaksanakan dengan diikuti faktor-faktor yang akan mempengaruhinya. Dalam teknik pengaliran energi Reiki, saya akan berkongsi bersama anda apa itu kaedah pemprograman Reiki.
Kaedah program energi Reiki antara lain ialah :
* Memprogram waktu pengiriman energi.
* Memprogram terus (instant) atau ditunda.
* Memprogram arahan tunggal atau berganda.
* Memprogram secara terus menerus.
* Memprogram untuk seorang atau ramai orang sekaligus.
Kehebatan energi Reiki (dengan izinNYA) ialah kemampuannya untuk memprogram pengaliran energi agar sampai ke pesakit pada waktu tertentu, atau pada waktu yang sudah disepakati. Sangat bermanfaat terutamanya dalam penyembuhan jarak jauh.
Perbezaan waktu dan tarikh antara pesakit dan perawat, antara satu negara dan benua lain tidak menjadi masalah. Perawat boleh mengirim energi ke pesakit pada waktu malam, dimana umumnya aktiviti pesakit kurang dan suasananya lebih tenang dan damai.
Reiki juga boleh dilakukan sekiranya perawat tidak tahu masa yang tepat di lokasi atau negara pesakit berada.
Memprogram pengiriman energi untuk waktu tertentu amat berguna sekali dalam penyembuhan jarak jauh. Dalam beberapa kes tertentu, pengamal kadang-kadang mempunyai masa yang terhad disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan sehingga terlupa untuk mengirimkan energi seperti yang dijanjikan.
Dalam hal ini pengamal hanya perlu mengalirkan energi jarak jauh sebelum waktu yang sudah dijanjikan dengan afirmasi dan niat agar energi yang dijanjikan sampai kepada pesakit, maka energi akan langsung sampai saat itu juga.
Memprogram pengaliran energi boleh dibuat untuk seorang bahkan kepada ramai orang sekaligus.
Dalam hal ini pengamal perlu membuat daftar yang lengkap: Nama, Alamat, Bandar, Negara dan Masalah Penyakit yang dialami pesakit dengan waktu pengiriman yang berbeza-beza.
Setelah data yang lengkap itu diterima dan disusun, maka pengamal hanya perlu mengesahkan pengiriman energi tersebut sesuai dengan pendaftaran tadi.
Jadi kini walau anda percaya atau tidak, energi alam semesta ini sebenarnya boleh kita program untuk apa saja keadaan dalam rawatan. Rawatan sebegini selalunya saya lakukan bila saya agak sibuk dengan kerja seharian. Alhamdulillah, hasilnya sama seperti rawatan pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Sumber: Nur-Reiki Dot Com