Cakra berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “Roda yang berputar”. Ia berfungsi sebagai pusat keluar dan masuknya energi. Energi yang diserap dan disimpan oleh Cakra kemudiannya disebarkan ke seluruh tubuh badan kita yang memerlukannya. Dikatakan terdapat lebih kurang 365 cakra dalam tubuh kita dan 7 daripadanya merupakan Cakra utama. Secara umum aspek-aspek penting cakra berhubungan dengan fungsi emosional kita. Cakra bahagian bawah berhubungan dengan fungsi keinginan, tiga cakra bahagian atas berhubungan dengan fungsi kekuatan pikiran. Keseimbangan antara keinginan, kekuatan pikiran dan pusat emosi sangat penting bagi kesehatan dan kondisi tubuh yang baik. Banyaknya energi yang mengalir melalui cakra menentukan seberapa baiknya organ-organ tubuh kita berfungsi.
7 pusat chakra ini akan mencerap tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian, kerohaniah & juga kesihatan kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat, bocor & aura tidak seimbang, maka individu berkenaan akan cenderung terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita dan kesihatan diri.Kesemua ini ada kaitannya dengan AURA, CHAKRA & kehidupan kita.
Pengaruh Cakra dan Kehidupan Kita
1) Cakra Dasar
Warna: Merah
Lokasi: Ujung Tulang Belakang
Fungsi: Menstabilkan dan menggrounding energi. Pintu masuk energi dari bumi.
Keburukan: Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, individu akan cenderung membentuk personaliti yg penakut, bimbang, sering kecewa, merasa tidak selamat dan akan mudah mendapat masalah kesihatan berkaitan obesity, anorexia nervosa, artritis dan sakit sendi dibahagian kaki terutamanya lutut.
2) Cakra Seks
Warna: Jingga / Oren
Lokasi: 5-7 cm dibawah pusat
Fungsi: Berhubungan dengan kemampuan untuk mencipta / kreatif
Keburukan: Sekiranya pintu ini tersumbat, individu akan cenderung memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi utk kepentingan diri, seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah sering kelesuan..
Warna: Kuning
Lokasi: Beberapa inci diatas pusat
Fungsi: Berhubungan dengan metabolisme tubuh dan energi vital, aliran energi psikologi dan emosional
Keburukan: Sekiranya pintu ini tersumbat, akan membina personaliti yang tiada keyakinan diri, keliru, runsing, terlalu memikir pandangan orang lain terhadap dirinya dan merasakan org lain mengawal hidup kita dan lama-kelamaan boleh membawa kepada stress dan kemurungan. Tidak mustahil jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kesihatan mental.
4) Cakra Jantung
Warna: Hijau
Lokasi: Di tengah-tengah dada disisi jantung
Fungsi: Berhubungan dengan perasaan manusia seperti emosi, kasih sayang, keikhlasan, kegembiraan, dan lain-lain
Keburukan: Sekiranya pintu ini tersumbat, kita mmempunyai membentuk personaliti yang paranoid, indecisive (tidak tetap pendirian), takut dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih sayang
5) Cakra Tenggorokan
Warna: Biru
Lokasi: Di tengah-tengah tenggorokan (leher)
Fungsi: Berhubung dengan kemahiran berkomunikasi
Keburukan: Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam & takut pada bayang2 sendiri.
6) Cakra Ajna / Mata Ke-tiga
Warna: Indigo / Nila
Lokasi: Bahagian tengah diantara kedua-dua kening mata diatas sedikit
Fungsi: Berhubungan ketajaman gerak hati,kemampuan untuk membezakan diantara yang benar / salah, kemampuan untuk memilih.
Keburukan: Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah akan terjerumus membentuk personaliti yang takut -tidak asertif, tiada ketegasan dlm diri…tidak ada prinsip mudah dipermainkan orang, takut pada kejayaan, mudah disubahatkan oleh unsur syaitan & negatif dan juga EGO
7) Cakra Mahkota
Warna: Ungu
Lokasi: Ubun-ubun kepala
Fungsi: Berhubungan dengan kemampuan mengakses idea dari abstrak sampai ke bentuk-bentuk yang nyata
Keburukan: Sekiranya tidak seimbang, individu cenderung mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan hampa.