Kursus Hadir Diri Atau Jarak Jauh?

Ada beberapa pilihan untuk mengikuti kursus dan perlatihan dengan kami. Anda boleh memilih samaada untuk hadir diri , jarak jauh atau jemput kami hadir tempat anda sendiri.

Kursus Hadir Diri

Reiki boleh dipelajari secara hadir diri di tempat pengajar atau secara jarak jauh ditempat sendiri. Reiki adalah ilmu yang mudah . Untuk mendapatkan Reiki yang paling penting ialah mendapatkan attuenment. Jika hadir diri, attunement akan diberi secara langsung oleh pengajar. Disamping itu, buku manual dan sijil juga akan diberikan mengikut pakej yang dipilih.  Untuk sesi hadir diri, kelas dijalankankan di Pandan Indah.  

Jadual Kursus Hadir Diri

Tarikh : Sabtu / Ahad (Sila rujuk jadual kursus)
Masa : 9.00pagi – 7.00mlm

Atau

Tarikh : Setiap Hari (Dengan temujanji sahaja)
Masa : 8.30mlm – 12.30mlm

 ** Sila telepon / SMS terlebih dahulu untuk mengetahui tarikh kursus terkini dan kekosongan tempat

Sila buat temujanji awal untuk kursus hadir diri terutama pada hari minggu dan cuti umum kerana hari-hari tersebut sentiasa mendapat sambutan. Untuk booking tempat, hanya bayaran penuh sahaja diterima dan dianggap confirm dan dikira sebagai “Tanda Jadi”

 Kursus  Jarak Jauh

Sibuk? Tidak ada masa nak hadir diri? Tempat tinggal jauh, sukar untuk hadir? Tidak mengapa…. Anda masih boleh mengikuti kursus secara jarak jauh, sungguh mudah sekali.. Untuk kursus secara jarak jauh, proses attunement boleh dilakukan di rumah sendiri mengikut masa kelapangan dan keselesaan sendiri. Akan dikirimkan kepada anda Buku Manual Perlatihan, Sijil, CD Bonus dengan menggunakan Pos Express. Setelah terima , sila baca dan buat temujanji untuk buat attunement. Segala kaedah dan teknik ada diterangkan didalam buku. Sungguh mudah sekali. Jadi tidak hairanlah kerana sebahagian besar juga pelajar Reiki di seluruh dunia adalah melalui jarak jauh.

 Pelajar yang mengikuti perlatihan secara jarak jauh dengan kami, boleh mengulangkaji pelajaran secara hadir diri pada bila-bila masa yang dipersetujui bersama dan TIADA bayaran tambahan dikenakan.  Jadi, pilihlah kaedah pembelajaran yang sesuai untuk anda kerana manfaatnya tetap boleh dinikmati samaada secara hadiri diri mahupun jarak jauh. 

pos_express

 Foto: Pesanan yang telah siap untuk dihantar menggunakan Pos Express

Kursus  Di tempat Anda

Kami boleh ke tempat anda secara percuma (semenanjung Malaysia Sahaja) jika ada MINIMA 10 orang peserta yang ingin belajar atau dengan tambahan bayaran kos pengangkutan / penginapan. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

 Khidmat Sokongan Dan Bantuan Selepas Belajar

Pelajar boleh menghubungi Master Hisham secara terus samaada melalui telepon, SMS, Email dan yang terkini melalui Khidmat sokongan dan bantuan serta perbincangan didalam group Telegram Alumni Reiki Malaysia. Kami juga ada group support Facebook Reiki Malaysia di https://www.facebook.com/groups/reikimalaysia .

Syarat untuk menyertai group Telegram dan Facebook Alumni Reiki Malaysia:

  1. Pelajar / bekas pelajar dari www.Reiki-Malaysia.com SAHAJA
  2. Dapat attunement daripada Master Hisham SAHAJA
  3. Sertakan Nama penuh, No Sijil dan Tarikh Kursus

Hantarkan permintaan untuk join group berserta butiran diri yang diminta sebagai pengesahan pelajar. Identiti yang tidak dikenali tidak akan dilayan

Anda juga boleh berjumpa terus dengan Master Hisham dengan membuat temujanji awal. Insyaallah

facebookgrouptelegram