7 Lapisan Aura

chakra dan aura

AURA atau medan tenaga wujud dalam beberapa lapisan. Sebahagian lapisan ini mengikut bentuk tubuh manusia manakala selebihnya berbentuk BUJUR TELUR. Setiap lapisan medan tenaga ini mempunyai tugas dan fungsi yang berbeza-beza, yang berperanan penting kepada system bio-energi manusia.

Terdapat tujuh (7) lapisan aura yang berada di sekeliling tubuh fizikal manusia (seperti juga langit yang mempunyai tujuh lapisan).

LAPISAN KE-1:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH ETERIK
Keadaan: Dekat dengan tubuh fizikal
Fungsi: Mewakili tahap kesihatan tubuh
Warna: MERAH

LAPISAN KE-2:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH EMOSI
Keadaan: Tebal lapisan cahaya warna ini dikatakan 3 inci dari tubuh fizikal
Fungsi: Sistem emosi dan perasaan manusia
Warna: JINGGA

LAPISAN KE-3:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH MENTAL
Keadaan: Lapisan sebelum lapisan tubuh astral
Fungsi: Lapisan ini menceritakan kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizikal itu
Warna: KUNING

LAPISAN KE-4:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH ASTRAL
Keadaan: Di tengah-tengah lapisan lain
Fungsi: Menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman ataupun sebaliknya.
Warna: HIJAU

LAPISAN KE-5:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH ETERIK TINGGI
Keadaan: Tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi.
Fungsi: Berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal.
Warna: BIRU

LAPISAN KE-6:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH MENTAL TINGGI
Keadaan: Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi
Fungsi: Peringkat ini melampaui pancaindera dan lapisan ini membolehkan manusia mendapat ilham.
Warna: INDIGO

LAPISAN KE-7:
Nama lapisan: LAPISAN TUBUH ROHANIAH atau SPIRITUAL
Keadaan: Lapisan terakhir sekali
Fungsi: Menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura
Warna: VIOLET

Setiap manusia memiliki ketujuh-tujuh lapisan ini. Ketujuh-tujuh getaran gelombang tenaga warna pelangi ini bergetar dan memancarkan cahaya bagi keharmonian semua sistem rohani dan jasmani.

Perwatakan yang tersendiri dan unik pada diri kita terhasil daripada kecenderungan menggunakan sesuatu medan tenaga secara berlebihan atau dalam kekerapan yang tinggi. Gelombang warna ini lebih terpancar keluar berbanding warna yang lain. Ia dapat dilihat pada medan gelombang elektromagnet sekeliling tubuh yang dinamakan aura.

Melalui kajian melalui kamera aura, didapati seseorang yang sukakan aktiviti menggunakan tenaga fizikal dan minda aktif cenderung mempunyai aura daripada keluarga warna panas iaitu merah, jingga ataupun kuning.

Manakala yang lebih kepada aktiviti seni, lembut dan banyak mengeksploitasi perasaan memiliki warna-warna aura dari keluarga warna sejuk iaitu biru, indigo dan violet.

Walau bagaimanapun, warna ini tidak semestinya dominan pada aura selama-lamanya. Ia berubah mengikut aktiviti serta pelbagai factor perubahan lain yang dilakukan oleh kita.